Monday, 25 February 2013

Thank you !!

Assalamualaikum,
2 hari lepas, duit gaji di bank ada RM40 je lagi. Lepas withdraw RM40 tu, tengok ada baki lagi RM300. Thank you!! Boleh cover susu Afiq untuk sebulan lebih sikit. Tak tahu siapa yang bank in, tapi aku doakan semoga Allah murahkan rezeki dan diberikan kekuatan. Amin.

Kimi at Pulihcara Kerja / Occupational Theraphy (OT), 28/01/2013

Salam,
Kimi di OT pada 28/01 (bulan lepas), belajar bersaba, masukkan tali dalam lubang dan masukkan objek dalam lubang yang betul (mengikut bentuk). Things we take for granted.
 
Yang seronok tengoknya, bila masukkan objek dalam lubang yang betul, ada 'chime' yang berbunyi. Dalam masa 10 minit, Kimi dah dapat cara untuk bunyikan 'chime' tanpa masukkan objek. Hahaha. Teringat hari tu, masa g rumah Abe Solah (masa tu di KL lagi), ada satu mainan yang bunyi 'chime' bila kita buat sesuatu. Dan aku dapat cara untuk bunyikan chime tanpa buat aktiviti tu. Like father like son.
 
Wassalam.

Tuesday, 19 February 2013

Uwais cucu Abe Leh

Pic of Uwais cucu Abe Leh, sempena nama sahabat nabi, Uwais Al Qarni.
 

Afiq demam - 19/2/13

Salam,
Just short update on Afiq.
Afiq demam hari ni lepas gi cocok untuk 18 bulan. Sepatutnya bulan lepas lagi, tapi tak wak gi afiq sebab dah banyak appointment.
Hmmm... rungsing jugak bila Afiq start demam. Mungkin Ain kena berjaga malam ni.

Nanti next post (mungkin esok), akan update gambar terbaru sumayyah, gambar cucu Abe Leh (Cikgu Salleh) dan juga gambar Afiq di Fisio dan Kimi di OT (occupational theraphy).

Sunday, 6 January 2013

Sumayyah & Isu Palestin

Salam,
Sejak isu Palestin 3,4 minggu lepas ni, satu lagu sentiasa dok bermain di kepala. Lagu Sumayyah, dendangan Hijjaz. Suatu hari nanti, kalau dapat anak perempuan, mungkin boleh diberi nama Sumayyah, supaya semangat jihad akan hidup dalam hati kita orang Melayu ni.
Berkenaan dengan Palestin, biarpun rakyat Palestin hidup dalam keadaan susah, tapi mereka ada kelebihan. Beruntunglah rakyat Palestin kerana mereka ada peluang untuk mati syahid, malah mereka wajib untuk pergi jihad. Untunglah mereka rakyat palestin kerana ada peluang masuk syurga terus.
Apa yang ada untuk kita, rakyat malaysia? Apa yang kita boleh buat? Apa yang kita patut buat? Apa yang kita nak jawab di akhirat nanti bila Allah tanya apa sumbangan kita ke atas saudara kita di Palestin yang kesusahan sekarang? Mana semangat ukhwah kita kalau kita buat apa-apa pun untuk tolong saudara kita di Palestin? Bukankah mereka juga saudara seagama kita? Bukankah kita wajib menolong saudara yang dalam kesusahan?
Ingat tak kita cerita mengenai burung kecil yang angkut air dalam paruhnya untuk padamkan api dan apabila kawan-kawannya memperlekehkan usahanya yang trivial (tak memberi kesan), burung tu jawab at least dia boleh jawab kepada Allah dia dah berusaha?
Fikir-fikirkanlah.

Hijjaz – Sumayyah

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya

Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Wednesday, 2 January 2013

Afiq @ Fisio

Salam,
Minggu ni Afiq start semula pergi fisio. Minggu ni belajar berdiri. Menangis Afiq bila dipaksa buat benda yang tak suka. Mengalir air mata aku bila tengok Afiq sebenarnya boleh berdiri, tetapi dengan bantuan. 5 minutes tears of joy that trancends 17 months tears of grief.
2 minggu lagi, Afiq kena pergi Fisio lagi. Sebenarnya minggu depan, tapi minggu depan ada auditor KKM nak mari audit.
 
Wassalam
 

Wednesday, 21 November 2012

Update Afiq dan kimi - Nov 2012

Assalamualaikum,
Nak update sikit pasal Afiq dan Kimi,
 
Afiq
Appointment dengan pakar plastic surgery baru ni review pasal kepala Afiq. Doktor tu kata kemungkinan tengkorak ('skull') dia sudah bercantum ('fused'). So, ada satu lagi appointment 27hb 12 ni untuk tengok sekali lagi, dan lepas tu mungkin kena refer ke HUSM
 
Afiq sekarang ni start jeluok balik doh. Tiap-tiap hari jeluok, cuma sikit atau banyak je. Tak tau la apa sebabnya. Kalu ber ubat pun tak guna sebab tak lama lepas tu, jeluok.
 
Sekarang ni, tak tahu nk wak lagu mano doh. Just hanging on.
 
Kimi
Doktor sudah rekemen Kimi untuk pra sekolah di pra-khas. Itu pun lepas aku convince doktor tu. Initially, doktor suggest untuk pra-sekolah di sekolah biasa. So, sekarang ni, perlu cari sekolah yang ada pra-khas. Immediately, terlintas di kepala, Sekolah Kota. Tapi mengikut pakar Occupational Theraphy yang biasa dok rawat Kimi, Sekolah Kota tak sesuai untuk kimi sebab mostly budah down syndrome di situ.
 
Wassalam.