Saturday 31 March 2012

Alhamdulillah - good news

Assalamualaikum,
Ni nak share berita baik sikit. Lambat sikit share ni, tapi bak kata orang putih, "better late than never".
 
Masa Afiq masuk wad 2,3 minggu lepas, doktor pakar paediatric tu bersungguh-sungguh suggest buat operation di bahagian saluran makanan Afiq. Operation yang dipanggil "Fundo" ni sepatutnya boleh settle masalah Afiq jeluok sokmo ni (atau dalam bahasa doktornya, "clinical GERD"). Doktor dan misi (nurse) kata senang je operation tu. Tapi hari tu aku royak ko doktor paediatric tu, aku nk bincang dengan pakar bedah (surgeon) dulu sebelum kata ya atau tidak.
 
Bila masuk wad awal March hari tu (3 hari), sepatutnya surgeon kena mari la ke wad dan explain kat aku pasal operations ni. Tapi 3 hari tu, tak nampak muka pun sorang pun. Ketua dia, Dr Tarmizi pergi umrah. Yang lain-lain, sibuk sangat agaknya.
 
28/3/12 baru ni (Rabu lepas), aku ada appointment dengan surgeon Dr Tarmizi. Alhamdulillah, bila dengar penjelasan orang yang pakar (dan bukannya dengar daripada doktor dan misi paediatric yang TIDAK buat operation dan TIDAK buat post operations care), baru paham risiko operations. Dr Tarmizi royak, operation Fundo ni, success rate 70%-80% je, so WHY TAKE RISK. Lagipun, sebab Afiq masih baby, operation ni NON REVERSIBLE sebab kalau cuba reverse, mungkin stomach lining akan koyak (kalau orang dewasa, operations ni reversible). Satu lagi, side effectnya, Afiq tak boleh sendawa. Dan lagi pula, ini major operations. Dan lagi pun, Afiq sekarang ni dah kurang jeluok nya
 
Tengok, penerangan berbeza daripada pakar (Surgeon) dan bukan pakar (doktor dan misi paediatric).
Explanation doktor paediatric simple je, seolah-olah tiada masalah. Buat operations Fundo, hilang masalah jeluok.
Explanation daripada surgeon, ada banyak TAPI nya - buat Operations Fundo, mungkin hilang masalah jeluok. TAPI high risk, major operations, tak boleh jeluok, non reversible,
 
So, conclusion daripada perbincangan dengan surgeon - pada masa ini, operation Fundo tidak perlu. Alhamdulillah.
Tapi (ada jugak tapi nya) kalau lepas ni jeluok Afiq makin teruk dan berat Afiq tak naik, mungkin kena consider jugak.
 
Esok ni (Isnin, 02/04/12), ada appointment Kimi dengan speech therapist.
 
Wassalam.
 
 

Friday 9 March 2012

Afiq sudah discharge

Assalamualaikum. Nk update sikit pasal afiq. Afiq dah discharge pada 7feb selepas 3hari dlm wad. Gembira sbb boleh discharge tapi kecewa dgn cara kes afiq diuruskan. Aku akan share dgn detail. Yg bagusnya, doktor dah suruh off oxygen afiq. Terima kasih semua atas doa dan sumbangan.