Thursday 20 September 2012

Update Afiq 20/09/12

Assalamualaikum,
Update Afiq's visit to ENT on 13/9/12. Lambat sikit update sebab sibuk dengan auditor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Audit baru habis hari ni.
 
Payah betul nak test Afiq sebab Afiq toksey tidur.
Pada mulanya doktor (nama tak ingat, tapi doktor buat master daripada HUSM) nak admit Afiq ke dewan bedah dan akan dibius.
 
Bius !!! Bullshit!! Takkan nak check telinga pun nak bius??!!
Ayat tu ada dalam hati tapi tak keluar daripada mulut. Hampir-hampir keluar.
Nak jaga maruah doktor, di belakang doktor, aku ngepek kuat-kuat sikit biar dia tahu parent tak setuju. Dahulupun, doktor paediatric tak setuju untuk bius Afiq. Masa dekat wad hari tu, lepas kena bius, Afiq 'tak kabar'  lebih daripada 24 jam.
Selepas setengah jam, akhirnya doktor tu mari royak dia setuju untuk tidak bius tapi hanya bagi sedatif chloral hydrate.
 
Lama lepas makan ubat chloral hydrate baru Afiq tidur. Hasil test menggunakan alat tymp processor mendapati pendengaran Afiq kurang baik untuk bunyi yang perlahan. Pegawai pendengaran tu kata mungkin disebabkan ada air dalam telinga tengah Afiq, dan air tu dihasilkan oleh badan Afiq, bukan daripada luar. Masa test sebelum ni, telinga Afiq ok je.
 
So, pegawai tu kata, test 6 bulan lagi, mungkin OK kot. Insya Allah.

Monday 10 September 2012

Istilah latin

Salam,
Hari ni 'ter' belajar abbreviation Latin yang selama ini kita dok selalu guna, tapi entah betul ke tidak. Harapnya lepas ni, istilah ni digunakan pada tempat dan masa yang betul dan dengan cara yang betul.
 
 
Abbreviation    Latin                     Translation         
per cent          per centum            for each one hundred
pro tem          pro tempore            temporary
s.o.s              si opus sit              if necessary
R.I.P              requiscat in pace    may he/she rest in peace 
stat                statim                    immediately
pm                 post meridiem        after midday   
am                 ante meridiem        before midday
e.g.                exempli gratia         for example
etc.                et cetera                and the others

Sunday 9 September 2012

Sunday 2 September 2012

Kopi & Susu

Perbezaan ketara warna kulit tangan ayah dan anak, macam ada sorang tu kata, "macam kopi dengan susu".