Thursday 20 September 2012

Update Afiq 20/09/12

Assalamualaikum,
Update Afiq's visit to ENT on 13/9/12. Lambat sikit update sebab sibuk dengan auditor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Audit baru habis hari ni.
 
Payah betul nak test Afiq sebab Afiq toksey tidur.
Pada mulanya doktor (nama tak ingat, tapi doktor buat master daripada HUSM) nak admit Afiq ke dewan bedah dan akan dibius.
 
Bius !!! Bullshit!! Takkan nak check telinga pun nak bius??!!
Ayat tu ada dalam hati tapi tak keluar daripada mulut. Hampir-hampir keluar.
Nak jaga maruah doktor, di belakang doktor, aku ngepek kuat-kuat sikit biar dia tahu parent tak setuju. Dahulupun, doktor paediatric tak setuju untuk bius Afiq. Masa dekat wad hari tu, lepas kena bius, Afiq 'tak kabar'  lebih daripada 24 jam.
Selepas setengah jam, akhirnya doktor tu mari royak dia setuju untuk tidak bius tapi hanya bagi sedatif chloral hydrate.
 
Lama lepas makan ubat chloral hydrate baru Afiq tidur. Hasil test menggunakan alat tymp processor mendapati pendengaran Afiq kurang baik untuk bunyi yang perlahan. Pegawai pendengaran tu kata mungkin disebabkan ada air dalam telinga tengah Afiq, dan air tu dihasilkan oleh badan Afiq, bukan daripada luar. Masa test sebelum ni, telinga Afiq ok je.
 
So, pegawai tu kata, test 6 bulan lagi, mungkin OK kot. Insya Allah.

1 comment:

  1. Sabar lah bro...insyallah ada hikmat dlm dugaan dan cabaran dari Allah.

    ReplyDelete