Monday, 25 February 2013

Thank you !!

Assalamualaikum,
2 hari lepas, duit gaji di bank ada RM40 je lagi. Lepas withdraw RM40 tu, tengok ada baki lagi RM300. Thank you!! Boleh cover susu Afiq untuk sebulan lebih sikit. Tak tahu siapa yang bank in, tapi aku doakan semoga Allah murahkan rezeki dan diberikan kekuatan. Amin.

Kimi at Pulihcara Kerja / Occupational Theraphy (OT), 28/01/2013

Salam,
Kimi di OT pada 28/01 (bulan lepas), belajar bersaba, masukkan tali dalam lubang dan masukkan objek dalam lubang yang betul (mengikut bentuk). Things we take for granted.
 
Yang seronok tengoknya, bila masukkan objek dalam lubang yang betul, ada 'chime' yang berbunyi. Dalam masa 10 minit, Kimi dah dapat cara untuk bunyikan 'chime' tanpa masukkan objek. Hahaha. Teringat hari tu, masa g rumah Abe Solah (masa tu di KL lagi), ada satu mainan yang bunyi 'chime' bila kita buat sesuatu. Dan aku dapat cara untuk bunyikan chime tanpa buat aktiviti tu. Like father like son.
 
Wassalam.

Tuesday, 19 February 2013

Uwais cucu Abe Leh

Pic of Uwais cucu Abe Leh, sempena nama sahabat nabi, Uwais Al Qarni.
 

Afiq demam - 19/2/13

Salam,
Just short update on Afiq.
Afiq demam hari ni lepas gi cocok untuk 18 bulan. Sepatutnya bulan lepas lagi, tapi tak wak gi afiq sebab dah banyak appointment.
Hmmm... rungsing jugak bila Afiq start demam. Mungkin Ain kena berjaga malam ni.

Nanti next post (mungkin esok), akan update gambar terbaru sumayyah, gambar cucu Abe Leh (Cikgu Salleh) dan juga gambar Afiq di Fisio dan Kimi di OT (occupational theraphy).