Sunday, 6 January 2013

Sumayyah & Isu Palestin

Salam,
Sejak isu Palestin 3,4 minggu lepas ni, satu lagu sentiasa dok bermain di kepala. Lagu Sumayyah, dendangan Hijjaz. Suatu hari nanti, kalau dapat anak perempuan, mungkin boleh diberi nama Sumayyah, supaya semangat jihad akan hidup dalam hati kita orang Melayu ni.
Berkenaan dengan Palestin, biarpun rakyat Palestin hidup dalam keadaan susah, tapi mereka ada kelebihan. Beruntunglah rakyat Palestin kerana mereka ada peluang untuk mati syahid, malah mereka wajib untuk pergi jihad. Untunglah mereka rakyat palestin kerana ada peluang masuk syurga terus.
Apa yang ada untuk kita, rakyat malaysia? Apa yang kita boleh buat? Apa yang kita patut buat? Apa yang kita nak jawab di akhirat nanti bila Allah tanya apa sumbangan kita ke atas saudara kita di Palestin yang kesusahan sekarang? Mana semangat ukhwah kita kalau kita buat apa-apa pun untuk tolong saudara kita di Palestin? Bukankah mereka juga saudara seagama kita? Bukankah kita wajib menolong saudara yang dalam kesusahan?
Ingat tak kita cerita mengenai burung kecil yang angkut air dalam paruhnya untuk padamkan api dan apabila kawan-kawannya memperlekehkan usahanya yang trivial (tak memberi kesan), burung tu jawab at least dia boleh jawab kepada Allah dia dah berusaha?
Fikir-fikirkanlah.

Hijjaz – Sumayyah

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya

Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

1 comment: