Mesej Tarbiyah Dari Game Angry Birds?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D
Hahh?! Ada mesej tarbiah tersirat dalam game Angry Birds? Apakah? Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!
Salah satu game yang paling ‘legend’ antara semua game-game kat dunia sekarang ni ialah game Angry Birds. Tak kiralah yang muda kea, yang tua kea, semua tahu game ni. Yeap, Arib merupakan salah seorang peminat tegar Angry Birds ni, haha.
Ouhh yea, tidakkah korang pernah tertanya-tanya? Kenapa? Apa yang best sangat game ni?
Macam simple jea kan, game berkaitan burung-burung yang marah kepada makhluk oink-oink berwarna hijau yang mencuri telur mereka. Sedar tak kita ada something yang tersirat kat dalam game tu?
Jawapannya ialah Angry Birds dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah. Tak caya? Jom baca elaboration kat bawah ni.
1. Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.
Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pulak? Sanggup mengorbankan anaknya! Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang. Menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat. Menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya, hohoho. Terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas tuu. Ambik masa yang lama nak bunuh. Macam apa jea kan.
Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga.” (At-Taubah 9:110)
2. Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah tu tak lah bertindak secara berseorangan malahan diorang tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. So, diorang bersatu, bersatu tenaga, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu, DABOOMM!
3. Tanzim (Organisasi) Yang Tersusun
Adakah diorang main langgar jea siapa yang serang dulu? Mesti tak kan? Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan, semangat pengorbanan, dan isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun siapa pergi dulu, lepas tu siapa pergi pulak, dan seterusnya, whoaa.
Saidina Ali ada mengatakan:
“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”
4. Gerak Kerja Yang Muntijah (Berhasil)
Bagaimana pulak cara diorang susun siapa yang pergi dulu dan siapa yang pergi dulu tuu? Hahh , diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah tuu. Maka setiap burung-burung yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. Yang reti potong kayu pergi serang kayu. Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.
Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat? Cuba guna akal yang waras, hati yang bersih, jiwa yang tenang, mesti boleh, hehehe.
5. Taat
Sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau serang ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan. Pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.
6. Ukhuwah
Lastly, korang kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya. Diorang merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna tuu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit atau derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka.
Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita. Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan umat Islam tidak akan wujud seperti mana game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. Begitu jugak tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3)
Intihanya, pertolongan Allah tu tak kan datang kalau tak wujud ukhuwah dan kesatuan dikalangan umat Islam. Prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna. So korang, jom jom, kita bersatu dalam menegakkan Dakwah Islamiah ni. Perkara paling mudah, ajak diorang dekati Islam tu sendiri. Ajak diorang pakai tudung kea, sedarkan diorang bahawa pegang lelaki perempuan bukan mahram tu berdosa kea. Simple, tapi berpahala kan? Yeah, siapa lagi nak menegakkannya kalau bukan kita, generasi harapan bangsa? Hehe. So, renung-renungkan yea ;D
No comments:
Post a Comment