Sunday, 23 February 2014

Kimi's problem - Part 1

Assalamualaikum,
Cubaan dan dugaan datang lagi. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku. Kerana sesungguhnya aku sudah tidak larat menghadapi dugaanMu ini.
 
Sedikit update mengenai Hakimi.
Tarikh 16 Januari 2014 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu. Tarikh yang sepatutnya doktor akan decide, "ya, kami akan beri ubat untuk Kimi". Tarikh yang ditunggu supaya aku dan Ain akan dapat keputusan yang Kimi boleh pergi sekolah.
 
Malangnya, outcome daripada meeting itu lain daripada yang dikehendaki.
 
More details in separate posting (in flashback mode). Details will include Kimi's history at NASOM (HUSM), YOKUK, visit to Sekolah Dato' Hashim, Parent Support Group meeting/briefing at YOKUK followed by meeting with Cikgu Wan which gives so much hope to us.
 
Wassalam.

Wednesday, 19 February 2014

Hiba

Assalamualaikum,
Khamis, 20.02.2014 bersamaan 20 Rabiul Akhir 2014.
 
Dua tiga minggu ni aku terasa hiba semacam. Sesungguhnya aku insaf, dunia ini pinjaman daripada Allah. Kehidupan ini, kesenangan hidup, dll, termasuk nyawa, hanyalah pinjaman. Jadi, perlulah digunakan sebaik mungkin di dalam tempoh 'pinjaman' ini. Ada 2 kejadian dalam tempoh ni, ditambah pula dengan satu berita buruk semalam menguatkan lagi azam aku untuk kembali blogging. Terngiang-ngiang lagu Hattan dalam kepala selepas dapat berita-berita ini.
 
31 Januari lepas (31.01.2014), dikejutkan dengan kematian seorang insan istimewa, Luqman. Teman Afiq dalam wad pada 2011 dulu. Bezanya, Afiq dah boleh discaj Oct 2011, tapi Luqman masih masuk keluar wad. Pada 3 Februari, kehilangan seorang lagi insan istimewa, Latifah Safina, anak saudara Ain (wife). Tanda-tanda akan perginya kedua-dua orang ni dah nampak 2,3 hari sebelum tu.
 
Sesungguhnya aku insaf, anak aku Afiq hanya dipinjamkan oleh Allah. Aku tak tahu berapa lama lagi tempoh pinjaman, tapi aku akan gunakan masa yang ada sebaik mungkin.
 
Akhiri blog ni dengan lirik lagu Hattan.
 
********
 

Hattan

Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara…

Saturday, 15 February 2014

Re-activating my blog

Assalamualaikum,
Dah lama tak update status Afiq di blog. Last sekali update rasanya Mac 2013.
Sebab lama tak update blog:
1) Busy dengan kerja
2) Communicate dengan family melalui Facebook and Whatsapp
 
Anyway, azam tahun baru, tahun 2014 ni, nak aktif balik dalam blogging ni. At least sebulan sekali. Visitor dah cecah 2000+.
Last weekend spend masa yang banyak untuk susun balik gambar Afiq mengikut umurnya, start daripada lahir. Akan sambung lagi sampai siap projek ni. Gambar-baru ni akan di upload secara berperingkat ke Facebook Muhammad Afiq Abdul Muna'im. Facebook tu khas untuk gambar-gambar Afiq sahaja sedangkan blog ni untuk gambar dan text/penerangan.
 
Wassalam.