Assalamualaikum,
Khamis, 20.02.2014 bersamaan 20 Rabiul Akhir 2014.
Dua tiga minggu ni aku terasa hiba semacam. Sesungguhnya aku insaf, dunia ini pinjaman daripada Allah. Kehidupan ini, kesenangan hidup, dll, termasuk nyawa, hanyalah pinjaman. Jadi, perlulah digunakan sebaik mungkin di dalam tempoh 'pinjaman' ini. Ada 2 kejadian dalam tempoh ni, ditambah pula dengan satu berita buruk semalam menguatkan lagi azam aku untuk kembali blogging. Terngiang-ngiang lagu Hattan dalam kepala selepas dapat berita-berita ini.
31 Januari lepas (31.01.2014), dikejutkan dengan kematian seorang insan istimewa, Luqman. Teman Afiq dalam wad pada 2011 dulu. Bezanya, Afiq dah boleh discaj Oct 2011, tapi Luqman masih masuk keluar wad. Pada 3 Februari, kehilangan seorang lagi insan istimewa, Latifah Safina, anak saudara Ain (wife). Tanda-tanda akan perginya kedua-dua orang ni dah nampak 2,3 hari sebelum tu.
Sesungguhnya aku insaf, anak aku Afiq hanya dipinjamkan oleh Allah. Aku tak tahu berapa lama lagi tempoh pinjaman, tapi aku akan gunakan masa yang ada sebaik mungkin.
Akhiri blog ni dengan lirik lagu Hattan.
********
Hattan
Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu, ku ingat dahulu
Menyisir rambuku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai, Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai, Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara…
No comments:
Post a Comment