Monday, 10 October 2011

Arwah Abe Li, dalam kenangan

Assalamualaikum,
Setelah berjuang melawan kanser pankreas selama 3 tahun, Abe Li (Mohd Zulkifly Ab Rahman, 51 tahun) akhirnya dipanggil mengadap Allah pada hari Sabtu, 8 Oktober 2011, jam ~ 7 pagi. Jenazahnya dikuburkan di kubur baru Kampung Tiong Dalam, pada jam 1 tengahari.  Abe Li meninggalkan isterinya, Nermani Arifin, dan 4 anaknya, Siti Ayu Solehan, Solehah, Soleh dan Muzamil. Semasa menghembuskan nafas terakhirnya, semua keluarganya termasuk ibunya Sakinah (nama panggilan: Mok Kinah), umur 80-an, berada di sisi, kecuali Solehah yang ketika itu dalam perjalanan pulang daripada UIA Kuantan.
Abe Li adalah abang ipar Ain (= biras saya).
Abe Li seorang yang sabar. Hayatnya penuh dengan ujian dari Allah. 5 anaknya meninggal dunia ketika masih bayi. Masa banyak dihabiskan di hospital. Ketika berbual dengannya bulan puasa baru ni,  Abe Li menyatakan kekesalannya kerana tidak mempunyai peluang untuk belajar di sekolah agama. Dia mahukan anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, kerana anak-anak yang soleh dan solehah inilah yang akan membantu ibu bapa di akhirat kelak.
Abe Li yang aku kenal adalah seorang serba boleh, atau dalam bahasa inggeris, Superman. Rumah dimana dia menghembuskan nafas terakhir dibina dengan tangan sendiri, berseorangan (ditolong oleh chargeman untuk wiring, yang lain dia buat sendiri). Selain dari itu, dia pandai menangkap ikan, berkebun, berniaga (pernah uruskan kedai runcit dan kedai kopi, kedua-duanya milik sendiri). Dia juga seorang pembuat perabot yang mahir.
Dia sering menerima ujian. Ditipu, kehilangan harta, kehilangan punca nafkah pencarian, dsb. Tapi dia masih sabar. Kalau aku, dah lama maki hamun.

Aku kena stop dulu sebab ada orang nak mari rumah, ziarah Afiq. Nanti aku update lagi pasal Abe Li dan explain kenapa hari ni aku memblog pasal Abe Li.
Wassalam

1 comment: