Tuesday, 16 April 2013

Angry Bird

Assalamualaikum,
Hanya nak berkongsi
Bila search dalam web pasal tablet, terjumpa satu artikel pasal pengajaran daripada game angry bird. Ni copy dan paste daripada website tu, credit to Arib Ismail.
 
 

Mesej Tarbiyah Dari Game Angry Birds?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;D

Hahh?! Ada mesej tarbiah tersirat dalam game Angry Birds? Apakah? Klik ‘read more’ untuk selanjutnya!


Salah satu game yang paling ‘legend’ antara semua game-game kat dunia sekarang ni ialah game Angry Birds. Tak kiralah yang muda kea, yang tua kea, semua tahu game ni. Yeap, Arib merupakan salah seorang peminat tegar Angry Birds ni, haha.

Ouhh yea, tidakkah korang pernah tertanya-tanya? Kenapa? Apa yang best sangat game ni?
Macam simple jea kan, game berkaitan burung-burung yang marah kepada makhluk oink-oink berwarna hijau yang mencuri telur mereka. Sedar tak kita ada something yang tersirat kat dalam game tu?

Jawapannya ialah Angry Birds dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah. Tak caya? Jom baca elaboration kat bawah ni.

1. Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pulak? Sanggup mengorbankan anaknya! Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang. Menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat. Menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya, hohoho. Terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas tuu. Ambik masa yang lama nak bunuh. Macam apa jea kan.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga.” (At-Taubah 9:110)

2. Amal Jamaie

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah tu tak lah bertindak secara berseorangan malahan diorang tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. So, diorang bersatu, bersatu tenaga, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu, DABOOMM!

3. Tanzim (Organisasi) Yang Tersusun

Adakah diorang main langgar jea siapa yang serang dulu? Mesti tak kan? Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan, semangat pengorbanan, dan isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun siapa pergi dulu, lepas tu siapa pergi pulak, dan seterusnya, whoaa.

Saidina Ali ada mengatakan:

“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”

4. Gerak Kerja Yang Muntijah (Berhasil)

Bagaimana pulak cara diorang susun siapa yang pergi dulu dan siapa yang pergi dulu tuu? Hahh , diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah tuu. Maka setiap burung-burung yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. Yang reti potong kayu pergi serang kayu. Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.

Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat? Cuba guna akal yang waras, hati yang bersih, jiwa yang tenang, mesti boleh, hehehe.

5. Taat

Sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau serang ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan. Pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6. Ukhuwah

Lastly, korang kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat. Itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya. Diorang merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna tuu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit atau derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka.

Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita. Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan umat Islam tidak akan wujud seperti mana game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. Begitu jugak tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3)

Intihanya, pertolongan Allah tu tak kan datang kalau tak wujud ukhuwah dan kesatuan dikalangan umat Islam. Prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna. So korang, jom jom, kita bersatu dalam menegakkan Dakwah Islamiah ni. Perkara paling mudah, ajak diorang dekati Islam tu sendiri. Ajak diorang pakai tudung kea, sedarkan diorang bahawa pegang lelaki perempuan bukan mahram tu berdosa kea. Simple, tapi berpahala kan? Yeah, siapa lagi nak menegakkannya kalau bukan kita, generasi harapan bangsa? Hehe. So, renung-renungkan yea ;D

Sunday, 7 April 2013

Update Afiq

Assalamualaikum,
Hari ni, 08/04/13, cukup 3 minggu tarikh yang plastic surgeon tu beri untuk 'tunggu dulu'. Sepatutnya hari ini dah boleh start beri Afiq makan melalui mulut.
So, hari ni boleh start dengan bubur nasi.
 
Insya allah, semuanya selamat.
 
Wassalam

Sunday, 24 March 2013

Update Afiq - 25/03/13 (lelangit)

Assalamualaikum,
25/03/13
Operations untuk lelangit Afiq minggu lepas berjalan lancar. Plastic surgeon tu kata lepas 3 minggu, baru sembuh sepenuhnya. 1 minggu dah berlalu, jadi ada 2 minggu lagi. So, kena be extra careful supaya Afiq tak lukakan lelangitnya sebab Afiq suka masukkan tangan dalam mulut. Teringat seorang budak dalam wad Anggerik yang terpaksa di re-operate sebab luka lelangit dia sebab mak dia beri makanan 2 hari lepas keluar wad. Lessons learned. Need to be careful.
 
Masih mencuba untuk ambik gambar lelangit Afiq selepas operations. Sebenarnya tak tahu doktor buat macam mana. Ambik daging kat mana, etc.
 
Wassalam.

Lean On Me

Assalamualaikum,
Semasa balik kerja petang kemarin dan semasa nak bersiap nk ke ofis pagi ni, terngiang-ngiang dalam kepala lagu Lean On Me. Ni sebahagian daripada liriknya.
 
Sometimes in our lives
We all have pain
We all have sorrow
But if we are wise
We know that there's always tomorrow

Lean on me!
When you're not strong
And I'll be your friend
I'll help you carry on
For it won't be long
'Till I'm gonna need
Somebody to lean on
Please!
Swallow your pride
If I have things
You need to borrow
For no one can fill
Those of your needs
That you wont let show

Tuesday, 12 March 2013

Countdown to Afiq's operations - update on Afiq's appointment with Echo & Anaest

Assalamualaikum,
Countdown to Afiq's operations (planned 17/03/13)
 
Update Afiq's appointment with Echo and Anaet, 12/3/13
Reviewed with: Dr Ruwaida (pakar bius paediatric) dan Dr Adilla.
 
Biasanya, appointment dengan doktor, tunggu 2,3 jam, jumpa doktor dalam 10,15 minit jer. Appointment kelmarin, tunggu seminit dua jer. Almost all of the 2 hours time are for review, not waiting. There is 1st time for everything. Hopefully, this trend will continue. Amin.
Selepas buat echo, terus ke klinik anaest untuk review sebelum operations. Doktor banyak tanya aku & Ain sebab sebahagian besar nota tiada dalam file (missing?? hopefully not).
 
Keputusannya - GO !! (operations to proceed as planned). Afiq akan dibiuskan seluruh badan guna ubat fentanyl.
Result echo - sudah tiada masalah jantung (no PDA). Alhamdulillah !!!.
 
Bagaimanapun, ada 2 benda / masalah yang aku terdengar (curi dengar) semasa dua doktor ni dok bincang:
1) doktor-doktor tu ada sebut pasal lubang kecil ataupun istilah yang dia pakai, 'small TR'. Entah apa maksudnya pun, aku tak tahu. Nak kena tanya doktor-doktor lain ni.
2) doktor Ruwaida ada sebut pasal "tak confirm Afiq ni sakit Pierre Robin Sequence sebab kromosom test dia 46xy" dan bukan something something (aku tak ingat apa, tapi aku ingat dia sebut fifteen"). Nak kena research jugak ni.
 
Siapa-siapa yang baca blog ni dan ada masa untuk research pasal 2 benda ni, harap dapat bagitau. (email munaim1405@gmail.com atau post komen pada blog ni)
I need to know !! Parents need to know !! Why is it that doctors dont want to share problems with us the parents !! Doctors need to remind themselves, parents of patients need to be taken care as well.

Update Afiq dan Kimi 13/03/2013

Assalamualaikum,
Brief updates on Afiq and Kimi
 
Afiq
Afiq demam hari ni (as feared) selepas pergi hospital kemarin untuk appointment Echo dan Anaest. More details later today on Afiq's appointment (separate posting). Nampak macam trend Afiq demam selepas appointment di klinik. Sebab tu lah sebenarnya toksey ambik appointment dekat-dekat dengan tarikh operations ni. Tapi kena ambik juga sebab requisite untuk operations. Hari Khamis ni (esok, 14/3/13) sebenarnya Afiq ada appointment untuk check telinga tapi kemungkinan besar, tak pergi. Wait and see.
 
Kimi
Kimi pulak pagi ni melecur jari sebab kena air panas. Dia gi celup tangan dalam bekas ada air panas. Dah larang jangan jangan jangan, tapi dia gi celup jugak.
Cepat-cepat celup jari dalam air cuka.
 
Wassalam.

Monday, 25 February 2013

Thank you !!

Assalamualaikum,
2 hari lepas, duit gaji di bank ada RM40 je lagi. Lepas withdraw RM40 tu, tengok ada baki lagi RM300. Thank you!! Boleh cover susu Afiq untuk sebulan lebih sikit. Tak tahu siapa yang bank in, tapi aku doakan semoga Allah murahkan rezeki dan diberikan kekuatan. Amin.

Kimi at Pulihcara Kerja / Occupational Theraphy (OT), 28/01/2013

Salam,
Kimi di OT pada 28/01 (bulan lepas), belajar bersaba, masukkan tali dalam lubang dan masukkan objek dalam lubang yang betul (mengikut bentuk). Things we take for granted.
 
Yang seronok tengoknya, bila masukkan objek dalam lubang yang betul, ada 'chime' yang berbunyi. Dalam masa 10 minit, Kimi dah dapat cara untuk bunyikan 'chime' tanpa masukkan objek. Hahaha. Teringat hari tu, masa g rumah Abe Solah (masa tu di KL lagi), ada satu mainan yang bunyi 'chime' bila kita buat sesuatu. Dan aku dapat cara untuk bunyikan chime tanpa buat aktiviti tu. Like father like son.
 
Wassalam.

Tuesday, 19 February 2013

Uwais cucu Abe Leh

Pic of Uwais cucu Abe Leh, sempena nama sahabat nabi, Uwais Al Qarni.
 

Afiq demam - 19/2/13

Salam,
Just short update on Afiq.
Afiq demam hari ni lepas gi cocok untuk 18 bulan. Sepatutnya bulan lepas lagi, tapi tak wak gi afiq sebab dah banyak appointment.
Hmmm... rungsing jugak bila Afiq start demam. Mungkin Ain kena berjaga malam ni.

Nanti next post (mungkin esok), akan update gambar terbaru sumayyah, gambar cucu Abe Leh (Cikgu Salleh) dan juga gambar Afiq di Fisio dan Kimi di OT (occupational theraphy).

Sunday, 6 January 2013

Sumayyah & Isu Palestin

Salam,
Sejak isu Palestin 3,4 minggu lepas ni, satu lagu sentiasa dok bermain di kepala. Lagu Sumayyah, dendangan Hijjaz. Suatu hari nanti, kalau dapat anak perempuan, mungkin boleh diberi nama Sumayyah, supaya semangat jihad akan hidup dalam hati kita orang Melayu ni.
Berkenaan dengan Palestin, biarpun rakyat Palestin hidup dalam keadaan susah, tapi mereka ada kelebihan. Beruntunglah rakyat Palestin kerana mereka ada peluang untuk mati syahid, malah mereka wajib untuk pergi jihad. Untunglah mereka rakyat palestin kerana ada peluang masuk syurga terus.
Apa yang ada untuk kita, rakyat malaysia? Apa yang kita boleh buat? Apa yang kita patut buat? Apa yang kita nak jawab di akhirat nanti bila Allah tanya apa sumbangan kita ke atas saudara kita di Palestin yang kesusahan sekarang? Mana semangat ukhwah kita kalau kita buat apa-apa pun untuk tolong saudara kita di Palestin? Bukankah mereka juga saudara seagama kita? Bukankah kita wajib menolong saudara yang dalam kesusahan?
Ingat tak kita cerita mengenai burung kecil yang angkut air dalam paruhnya untuk padamkan api dan apabila kawan-kawannya memperlekehkan usahanya yang trivial (tak memberi kesan), burung tu jawab at least dia boleh jawab kepada Allah dia dah berusaha?
Fikir-fikirkanlah.

Hijjaz – Sumayyah

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya

Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Wednesday, 2 January 2013

Afiq @ Fisio

Salam,
Minggu ni Afiq start semula pergi fisio. Minggu ni belajar berdiri. Menangis Afiq bila dipaksa buat benda yang tak suka. Mengalir air mata aku bila tengok Afiq sebenarnya boleh berdiri, tetapi dengan bantuan. 5 minutes tears of joy that trancends 17 months tears of grief.
2 minggu lagi, Afiq kena pergi Fisio lagi. Sebenarnya minggu depan, tapi minggu depan ada auditor KKM nak mari audit.
 
Wassalam