Assalamualaikum,
Ni part 2 - terpaksa post staggered macam ni sebab
a) internet connection bermasalah.
b) banyak sangat cerita
Supaya sistematik, aku bahagikan kepada 3 part - part 1 di rumahm part 2 ni semasa Afiq di wad kecemasan dan part 3 di wad. Macam cerita 24, cuma ni cerita 7 jam.
Sampai di wad kecemasan HKB pada 9.35 pm (rasanya), dan terus dibawa ke zon kuning.
Doktor yang examine Afiq ialah doktor yang sama (female,kurus,speckie) yang examine masa 1st time masuk wad kecemasan hari tu. Lain kali, aku akan tanya nama doktor tu.
Mlm ni ramai sangat di zon kuning, sampai tak cukup katil. Afiq pun umi dia riba duduk atas kerusi je sementara doktor buat suction.
Lepas doktor interview, doktor buat suction (tengok gambar di atas), lepas tu nampak Afiq OK balik. Masalahnya kahak yang keluar semasa suction tu sikit je. Tapi lepas tu, pucat balik. Cycle ni (suction, OK dan pucat balik) berlaku 2,3 kali.
Doktor ni refer kepada doktor pakar bhgn kecemasan (Dr Zaki) & MO (nama aku tak tahu). MO ni yang notice Afiq berhenti bernafas (dia guna term apnea) dan seterusnya Dr Zaki suruh pakaikan oxigen mask tapi beri normal saline untuk cairkan kahak. Lepas dalam 5 minit, doktor suction balik (masih keluar sikit je kahak). Aku mention la dah 2 hari Afiq tidak buat suction sebab di rumah tiada mesin suction sedangkan masa di wad 2, misi suction tiap-tiap hari (regular suction).
Bila Afiq dah nampak OK, doktor ni telefon wad 2 untuk rujuk masalah ini. Bagi dia, tak logic untuk admit ke wad 2 hanya untuk buat suction dan aku agree. Later on, dia pass telefon kepada aku untuk bercakap dengan doktor di wad 2. Nasib baik, doktor yang bercakap tu Dr Sarah (banyak deal dengan dia dan dr lim sebelum ni). Dr Sarah pun tidak berapa setuju untuk admit ke wad hanya untuk suction dan dia suggest untuk beli mesin suction.
Aku guna peluang ni untuk bagi dia sebutir - ramai org di wad 2 kecek pasal nk rujuk kepada jabatan kebajikan untuk beli portable suction machine, tapi tiada org ambil tindakan untuk tolong buat referal atau tolong tunjuk nak beli kat mana. Benda ni mana ada jual di pasar raya. Ambik kau!! Kena sebutir tu, baru lembut doktor-doktor 'OK lah, nanti saya follow up".
Dekat pukul 11pm, tiba-tiba oxygen level afiq at one time turun sampai 59% dan ada juga sampai 75%. Bila jadi macam tu, doktor in-charge yang asalnya dah nk bagi surat discharge, tukar fikiran dan suruh masuk wad. 11.30pm, bergerak ke wad 2. Kali ni cepat sikit sebab tak perlu warm up. Ain dukung Afiq atas kerusi roda dan ada attendan yang tolak kerusi roda tu ke wad 2.
Sampai di wad 2, misi-misi sambut dengan meriah. Tapi kemudiannya, misi kata Afiq tak sepatutnya di wad 2 sebab dah lepas 28 hari. Wad 1 dan 2 ialah wad neonatal (misi panggil 'neonat') iaitu untuk baby bawah sebulan. Lebih drpd sebulan, kira consider paediatric, kena masuk wad lain.
Pukul 12.05 am, bergerak ke wad 4
Bersambung dalam part 3.
Sunday, 28 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment