Assalamualaikum,
Ni nak update status Afiq.
Masa pergi hospital pagi tadi, Afiq masih diberi oksigen tapi ikut tube (hidung) - iaitu level/supply yang dah kurang, berbanding kemarin 20/8/11 supply oxigen pakai headboard (bekas yang rungkup kepala).
Dapat bercakap dengan Dr CH Lim pagi tadi untuk berbincang pasal Afiq dan juga kimi.
(aku akan post gambar nanti lepas download daripada handphone)
Afiq
Dr Lim cakap Afiq akan diberikan ubat anti-reflux untuk mengelakkan muntah/terjelouk, tapi Afiq tak diberikan antibiotik.
Jumlah susu akan dikurangkan ke 35ml/3 hours untuk mengelakkan perut kembung yang mungkin akan menyebabkan muntah/terjelouk.
Dr Lim jangkan Afiq dapat balik dalam masa yang terdekat sebab dah tiada masalah doh.
On different matter, aku tanya juga Dr Lim pasal diagnosis Dr Mizairi tentang femur Afiq ada masalah. Dr Lim berpendapat walaupun kaki kanan Afiq nampak sediikit melengkung (bhgn femur), dia rasa ini tidak beri sebab 1) Afiq belum berdiri 2) banyak baby mcm ni tapi tiada masalah.
Hakimi
Minta juga pendapat Dr Lim pasal Hakimi yang lambat bercakap dan tak boleh compose sentence. Rupa-rupanya Dr Lim memang doktor pakar yang dirujuk untuk kes speech delayed.
Mengikut Dr Lim, ada 4 sebab budak lambat bercakap
1) aku tak ingat doh
2) masalah dengan lidah
3) masalah dengan pendengaran
4) language confusion, iaitu apabila orang dewasa yang rapat dengannya bercakap dalam bahasa/istilah/perkaitan berlainan untuk benda yang sama.
Memandangkan Hakimi (pada umur 4 tahun) dah boleh membilang sampai 10 dalam bahasa arab dan 1000 dalam english, Dr Lim ruled out pasal languange confusion sebab kemampuan kimi menunjukkan kimi ada memory yang baik.
Dr Lim remind suruh remind dia untuk refer Kimi kepada speech teraphist. Alhamdulillah, akhirnya ada doktor yang nak tolong refer.
Afiq (status petang 21/8/11)
Petang tadi pukul 5pm gi tengok Afiq pulak. Afiq tengah tidur tertiarap.
Good news!! Afiq sudah off oxigen support dan sudah tidak diletakkan di bawah mesin Ameda. Positif ni!!
(gambar akan diupload lepas ni)
Tapi doktor atau misi tak royak pulak bila boleh balik. Insya allah tak perlu beraya di hospital.
will update more tomorrow.
Sunday, 21 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah..at least there are progress and Afiq generally getting better. Will b back in KB on 30th Aug 11.
ReplyDelete