Assalamualaikum,
Ni update pasal Afiq & kimi.
Kimi:
Pagi ni kimi teriak nak ngikut semasa bersiap-siap nak ke hospital. Terpaksa 'rasuah' dengan air kotak (milo). Ma hari ni nk di ke TEMAN (Terminal Agrikultur Negara) dengan kak ni sebab nk beli barang2 persiapan untuk berbuka puasa dan raya.
Kesian ko kimi, tapi apa boleh buat.
Afiq:
Mlm semalam, Ain telefon, Dr Lim bertugas (on-call) dan dia ada mari ke wad 4. Dia nak masukkan tiub dalam hidung. Rasa tak puas hati dengan lack of information, so esok kena gi pagi2 lagi sebelum doktor buat apa-apa kat Afiq.
Jadi, pagi ni sblm 8.30am dah sampai hospital. Dah ramai doktor di wad 4 ni.
Alhamdulillah, doktor belum masuk tiub lagi dalam hidung, dan alhamdulillah, malam semalam tiada kejadian 'apnea'. Doktor (MO, Dr Shainiza) explain pasal cadangan untuk pasang nasal faringal tube untuk menyelesaikan masalah apnea.
Afiq atau mana-mana baby kecil bernafas melalui hidung sahaja, tak macam org dewasa yang bernafas ikut hidung dan mulut. Menurut doktor, Afiq ada masalah lubang hidung collapse atau tertutup. Oleh itu, apabila lubang hidung collapse, Afiq tak boleh bernafas. Oleh itu, dengan memasukkan tube ke dalam lubang hidung (panjang lebih kurang sejengkal), akan ada direct airway dan akan menyenangkan pernafasan.
Mengikut kata doktor-doktor ni, Dr Lim hok mari mlm semalam ada lukis doh skematik cara-cara nk fabricate, in case tube tk available. Dr Lim suruh cari tiub saiz paling kecil.
10.30am, doktor pakar, Dr Khairuldin datang. Tapi apa yang dia explain berbeza dgn apa yang doktor anak-anak buah dia explain. Doktor ni main explain tangkap muat ke?? Kalu tak tahu, royak la tak tahu. Dr Khairuldin explain, disebabkan Pierre Robin syndrom , lidah Afiq tertolak ke belakang. Masa tidur, ada risiko airway (saluran udara) akan tersekat oleh lidah ni. Oleh itu, bypass ni adalah temporary measure untuk membolehkan Afiq bernafas denagan senang. Explanation dia ni lebih logik. Why? Sebab aku dan kimi pun hidung tersumbat jugak (left nostril) tapi tiada masalah pun, selain daripada dengkur kuat.
Ni pasal suction machine. Sebelum doktor pakar mari tadi, Dr Shahiniz (MO) ngepek kat anak buah dia (Dr Ridwan & sorang lagi doktor female) pasal suction machine. Bila MO ngepek ni, tiba-tiba semua jadi cergas. Terus Dr Ridwan call Jab. Kebajikan untuk refer kepada Mohd Akram Che Ghazali, pegawai kebajikan.
Terus aku gi jumpa En Akram untuk bincang pasal beli mesin suction (2nd hand). Menurut misi (Junita) dan doktor-doktor, mesin ni dulu makcik ni beli untuk cucu, Salsadilla, yang ada masalah paru-paru dan perlu suction sokmo. Mesin baru sempat pakai 2 kali tapi patient meninggal akibat complication. Jadi makcik ni letak mesin ni di Jab Kebajikan dan mintak Akram untuk tolong jual. Harga mesin RM500 tapi makcik tu tawar dgn syarikat hok jual tu, jadi RM400. Makcik tu letak harga RM350, terus aku setuju. Masa ni, duit sepatutnya letak tepi dulu. Tapi mesin ni ada 2 kekurangan:
1) tiada suction tube
2) tiada operation manual
Walaupun kos mesin suction hanya RM350, tapi ada kos yang berulang, iaitu suction tube. Suction tube ni single use. Di hospital, pakai paling lama pun 1 hari tu, itu pun utk single patient. Kalau patient berlainan, kena pakai tube yang lain. Aku kena selidik dulu berapa harga sebatang tube ni. Imagine, kalau harga dia RM10, maknanya RM300 sebulan. Kalau pakai molek2 dan jaga molek2, paling lama boleh pakai pun mungkin dua hari untuk sebatang tube, maknanya RM150 sebulan. Hmmmm...
Akram suggest doktor buat reference kepada Jab Kebajikan untuk beli mesin harga RM1000+ yang ada bateri, baru boleh travel. Tapi bila aku mention ni kepada Dr Khairuddin, dia tak berapa setuju sebab kuasa section mesin jenis ni tak kuat. Later on, ada sorang misi mari royak pengalaman dia guna mesin suction tu atas flight. Apa pun, doktor tak semestinya betul. Aku ada pendapat aku sendiri. Mesin portable ni perlu apabila travel. Takkan selamanya tokleh nk jalan, walaupun ke rumah waris?? Kalau tak boleh guna yang perfect, takkan tinggal terus (abandon). Takdok rotan, akar pun berguna. Lu pikir la sendiri beb (ayat ni aku tujukan kepada doktor - kena cari solution, bukan sekadar royak masalah. Kalu royak masalah je, sapo-sapo pun boleh buat).
Wassalam
Tuesday, 30 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment