Tuesday, 30 August 2011

Status Afiq 30/08/11

Assalamaluikum,
Update status Afiq 30/08/11 - Berhari raya di hospital

Malam semalam, plannya nak stay sampai tengah malam. Tapi disebabkan nak hantar Ayu (anak saudara Ain) balik, pukul 10 mlm bertolak balik. Hujan lebat mengiringi perjalanan. Tak nampak jalan. Habis basah kuyup semasa nak pergi ke kereta. Masa bawa kereta tu, mengantuk sangat tapi cuba bertahan. Nasib baik ada Ayu buat teman berbual. Sampai di rumah, tengok pelita dah pasang tapi menyala tak berapa marak, mungkin sebab kena hujan. Tapi lampu lip-lap tak pasang lagi. Takper, lampu ni bulih pasang pagi selepas semayang raya.

Pagi ni, lepas semayang raya dan makan-makan sikit, aku terus ke HKB ( Next post akan update sikit pasal pagi raya dan kimi).. Tak nak biarkan Ain sorang-sorang di pagi raya... sayu sangat. Bawak kimi sekali. Pok guard tak wi Kimi masuk tapi bila royak nk hantar brg ke wad dan kimi tak masuk, baru pok guard wi masuk. sampai di wad 4, tengok ada ramai budak-budak yang melawat. Tertanya-tanya jugak apa alasan yang diberi semasa nk melalui pok guard tu...

Afiq demam hari ni. Tambah pula, Afiq nampak macam susah sangat nak bernafas. Nafas pendek-pendek je. Nampaknya nasal faringal airway yang dijanjikan tu kena tunggu lepas raya. Sebabnya - doktor pakar bius, Dr Ruwaida, bercuti raya. Sabar....

Sejak kemarin lagi, Afiq diberi ubat HS (half saline, 0.45% w/v) , 12.5ml per hour. Bila tanya misi, misi royak untuk supaya kahak tak banyak. Betul jugak tu, baru perasan kahak Afiq tak sebanyak kebiasaan. Biasanya mulut selalu berbuih, tapi hari ni tidak. Tapi betul ke HS memang guna untuk masalah ni? Aku yang buat produk pun tak tahu. Terfikir untuk tanya Pharmacist Ain Medicare, En. Latpi.

Hari ni beraya ni wad, cuma 7 katil yang ada tuan. Sambil-sambil tengok Afiq, aku luangkan masa berbual dengan 2 orang parent yang anak ada di wad. Sorang di baby 8 bulan rasanya, dah 6 hari demam tak kebah. Teriak sokmo baby tu. Ada sorang lagi brader tu, anak perempuan 12 tahun kena strok lepas demam 2 hari. Kaki kanan, rasanya, tak ada rasa. Ayah dia dok urut sokmo.

Hari ni doktor Mizairi bertugas di wad ni. Tapi dia tak mari check Afiq. Doktor-doktor lain takdok mari pun - mungkin semuanya bercuti. Misi cuma ada 3 orang. Sorang misi tu kata hari ni hari aktif - maknanya akan ada orang masuk ke wad 4. Mungkin ni sistem hospital yang alternate wad bila ada kes baru. Memang betul seperti yang dikata. Dalam pukul 10 pagi, ada 2 patient baru masuk. Wad 4 yang tadi tenang kini kembali sibuk.

Ma (mak mertua) dgn Tie (Izzati, adik bongsu Ain) mari dalam pukul 10.30pagi, bawak tapei, bagi-bagi ko misi sikit. Memang kesian ko misi hok kena bertugas di hari raya, tapi mungkin dia ada sistem giliran - tahun depan mungkin org lain pulak.

Ubaid ada mari tengahari ni tengok Afiq. Terima kasih abe bade. Nor (adik Ain) pun ada mari, bawak Ipah (anak) & Izzah (anak Abe Yie). Nor nampak mesra dengan misi-misi di wad 4 ni. Maklumla, Latifah Saffina hari tu sebulan di wad ni sebab masalah pernafasan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment